Saturday, April 30, 2011

Jujur dikatakan, saat kami hidup bersama, pengorbanan, kasih sayang serta jasanya padaku seakan tiada erti.
Persis mencurah air ke daun keladi tetapi kini bila dia tiada disisi, gelak tawa, layanan dan segala macam yang ada pada dirinya amat kurindui.
Kini barulah ku sedari betapa ruginya diri ini melepaskan insan yang cukup sempurna dan istimewa begitu sahaja.
Kejadian yang berlaku cukup meninggalkan kesan buat diriku.
Memang aku ketawa ketika bersama kawan kwanku, namun tawaku itu sekadar melepaskan kesedihan yang sentiasa membelenggu kesedihanku.
Mungkin juga aku gemar menyakat teman-temanku yang lain. Setiap kali aku lakukannya, aku dapat merasakan beban yang ku tanggung sekian lama itu kian menghilang. 

No comments:

Post a Comment